Monday, December 22, 2008

33 keluarga di arah pindah

Berita terkini tentang tanah mendap di Jalan 10 pada 12/12/08 - seramai 33 keluarga telah diarah berpindah.




Penduduk yang terlibat telah dipindahkan ke PPR Tasik Teratai dan sehabagiaan daripadanya menyewa di kawasan berdekatan atau tinggal bersama saudara mara.

Friday, December 12, 2008

Tanah Gelongsor Desa Melor



Lokasi kejadian Jalan 10, Desa Melor, Serendah

desa melor, serendah

Sekitar jam 10 pagi 12/12/2008 , Technical Assistant dari JKR Hulu Selangor tiba untuk membuat tinjauan awal dengan di bantu oleh Encik Saipul Anwar.



Pergerakan dalam masa 10 jam sudah 0.5cm . Dulu gate boleh dibuka keluar sekarang tak boleh kerana tar depan rumah sudah bergerak dan menjadi bonggol di depan rumah.



YDP PPPDM sedang tekun memberi taklimat kepada TA Kanan Majlis.





Kesan rekahan pada tiang rumah

Antara retakan yang paling ketara . Encik Zamri, tuan rumah ini sudah berpindah.

Buktikan gerakan tanah - tar yang masih baru terkumpul menjadi bonggol.

Pergerakan tanah menyebabkan longkang di bawah bukit menjadi kecil.

Wednesday, December 10, 2008

Tips Menghalang Kecurian

Banyak sangat kes pecah rumah. Dan kita pun jadi bimbang. Tidur tak lena, nak upah guard mungkin tak mampu. Saya ada tips dan teknik yang mudah dan murah. Kalau boleh diamalkan jika bersesuaian.

Tips Menghalang Kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau² yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kebanyakan kes kecurian menggunakan pisau dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas) , jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun)

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas ( jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama)


6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga!

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.


14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur.

17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau bat kriket di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/ alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar 'padlock' baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

Saturday, August 2, 2008

Hari acara


Meja pendaftaran ahli baru PPP Desa Melor dan gerai jualan air.

Tuesday, July 22, 2008

Chef Wan di Desa Melor


Chef Wan Sibuk Di Dapur Dibantu oleh pembantunya



Sempat lagi nak promosi buku tu





Sambil masak sambil beri nasihat kepada anak-anak desa Melor





Bau pun dah tahu kesedapannya



Sambiltu Chef wan mengadili pertandingan masakan oleh penduduk desa melor








Kedatangan Def Wan di sambut oleh Semua AJK PPP Desa Melor......
Sambil tu beramah mesra dan membasahkan Tekak



antara masakan yang dipertandingkan




Ini Juga dipertandingkan



Bersabar menanti ke tibaan Chef Wan




Resepi Masakan yang di sediakan oleh Chef Wan

Monday, July 21, 2008

Sepetang bersama Chef Wan


Syurgaku




Desa Melor, Serendah Selangor
Blog Widget by LinkWithin
 

Mengenai Desa Melor

Dari Kuala Lumpur, arah ke utara mengikut Lebuh Raya Utara-Selatan ( PLUS) dan susur keluar ke Rawang. Selepas plaza tol Rawang, ambil arah ke kanan dan ikut jalanraya Persekutuan ke utara. Selepas melepasi pekan Rawang, kira-kira 7 km, tiba di pekan Serendah. Selepas Balai Polis Serendah, masuk simpang ke kanan kira-kira 3 km selepas Taman Datuk Harun, Taman Idaman dan Taman Desa Anggerik.

AJK PPPDesa Melor Sesi 2008 -2010

YDP : Mohd Hanapiah And Rani
Naib YDP : Pang Kim Fei
Setiausaha : Mohammad Hadis Tamyis
Penolong S/U : Saipul Anwar Daud
Bendahari : Mohd Zain

AJK
Ruzaidi Abd Rahman - Ahmad Khirzuan Mohamad@ Talib - Lok Chin Heng - Sunarsa Ilham - Rohana Ismail - Rohaizan Hj. Yahya - Zulkaplee - Hj. Nazri

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Shahrudin Buyong Sain - Nadiatul Soffia Abd Rahim

Persatuan Pemilik Dan Penduduk Desa Melor

Persatuan Pemilik dan Penduduk Desa Melor ditubuhkan pada.................. dengan tujuan............. Jumlah rumah : Bilanga Penduduk : Melayu : Cina : India :

Persatuan Pemilik Dan Penduduk Desa Melor Copyright © 2009 Community is Designed by Bie