Thursday, July 30, 2009

SK Serendah ditutup hingga 4hb Ogos



Kepada ibubapa murid Sekolah Kebangsaan Serendah :

Sekolah ditutup sehingga 4hb Ogos 2009 akibat ada pelajar dikesan dijangkiti H1N1.



Desa Melor, Serendah


View dari menara peninjau Taman Orkid Antarabangsa Serendah



View dari menara peninjau Taman Orkid Antarabangsa Serendah


Taman Desa Melor dari Google Earth




Tuesday, July 28, 2009

Karnival Desa Melor

Karnival Sukan Desa Melor
Tarikh :
Tempat : Dewan Komuniti Desa Melor





acara ping pong



hadiah teka gula2


suasana di karnival


para tetamu menjamu sarapan pagi di meja urusetia



perlawanan bola sepak

pertandingan mewarna

Saturday, May 16, 2009

Padang Serendah Yang Jadi Rebutan : MDHS Bakal Adakan Perjumpaan Susulan

SHAH ALAM, 13 April – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan lebih kecil bagi mencari kesepakatan dalam menyelesaikan status padang awam Serendah yang menjadi rebutan dua pihak sebelum ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Penolong Pegawai Penerangan MDHS, Junainah Abdullah kepada Selangor Kini petang tadi, satu perjumpaan susulan akan dibuat dalam masa terdekat antara MDHS, wakil teknikal, badan bukan kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK/JKP) sekitar Serendah.

Katanya, perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat secara teliti sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuat keputusan hasil daripada laporan berkenaan.

Isu ‘berebut’ padang ini dikatakan timbul apabila penduduk dimaklumkan yang padang tersebut akan diambilalih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Serendah.


Penduduk mempersoalkan pengambilalihan itu kerana mendakwa ia adalah milik MDHS dan kedudukannya terletak di luar kawasan sekolah berkenaan.

“Secara umumnya dua pandangan utama telah diutarakan dalam perjumpaan pagi tadi sama ada menyerahkan padang berusia 30 tahun itu kepada SJKC Serendah atau mengekalkan padang berkenaan sebagai padang awam,” katanya.

Beliau berkata perbincangan yang berlangsung secara harmoni itu turut dihadiri ahli majlis, wakil penduduk, wakil Pejabat Tanah dan Daerah serta wakil Pejabat Pelajaran.

Menurutnya, pihak MDHS turut mengedar borang maklumbalas untuk diisi oleh orang ramai yang hadir.

“Keputusan maklumbalas ini akan disertakan kepada MKKN kelak,” katanya.

Seramai 398 orang penduduk sekitar Serendah hadir dalam perjumpaan hari ini.

Thursday, March 19, 2009

Tahniah





Pihak PPPDM ingin mengucapkan tahniah kepada seorang ahli kami yang telah berjaya membutkikan usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan.

Tahniah untuk Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1, Cikgu Zalinah Zubir ( Jalan Melor 5H ) diatas kejayaan beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pengurusan Pendidikan ) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSA).

Semoga kejayaan beliau dapat membakar semangat dan menjadi inspirasi bermakna kepada seluruh pelajar di dalam komuniti kita.




Sunday, February 22, 2009

Gotong Royong Kesihatan

Tarikh : 22hb Februari 2009

















Thursday, February 19, 2009

Adab berjiran

SIBUK mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat bertegur sapa dengan jiran walaupun di sebelah rumah sehingga perhubungan menjadi hambar.

Kegagalan memahami konsep kejiranan menyebabkan ber laku perselisihan faham, bertekak dan bermasam muka, malah lebih serius hingga peringkat mencederakan dan membunuh jiran.


Keadaan seperti itu pasti merosakkan perpaduan dan mem bangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat sedangkan Islam adalah agama yang mendambakan perhubungan baik sesama manusia.

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah satu daripada cara hidup yang dituntut Allah kerana amalan kejiranan yang sempurna memupuk semangat ke bersamaan, persefahaman dan keharmonian.

Kemakmuran sesebuah negara juga bergantung kepada kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya.




Malah, ciri masyarakat berkualiti dan masyarakat contoh juga tergambar melalui persefahaman dan hubungan yang erat.

Justeru, Islam menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan.

Dalam kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan masalah, ia diselesaikan dengan baik.

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

Perunding Motivasi Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam Islam ada dua konsep utama iaitu hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia.

“Menyentuh mengenai kejiranan ia membabitkan konsep hubungan manusia sesama manusia dan apabila mem babitkan perhubungan sesama manusia yang lebih diuta makan ialah nilai akhlak, perangai, tingkah laku atau ke peribadian.

“Nilai akhlak ini perlu diterapkan dalam budaya kejiranan. Jika kita orang Arab walaupun mereka terkenal sebelum ini dengan permusuhan, tetapi mereka kuat berjiran,” katanya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jibril sentiasa ber wasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka jiran itu akan saling mewarisi.”

Dalam realiti kehidupan hari ini manusia tidak boleh lari daripada hidup berjiran, baik di kota mahupun di desa.

Suka atau tidak terpaksa berdepan dengan jiran, walaupun mempunyai minat dan cita rasa berbeza, malah ragam yang berlainan.

Ahmad Shukri berkata, Islam pada dasarnya menganjurkan umatnya berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan keturunan.

Malah, katanya, berbuat baik sesama manusia termasuk kepada jiran melambangkan ciri orang beriman yang ber pegang teguh pada agama.

“Jiran ada banyak kategorinya, ada jiran berasaskan per talian darah, agama dan keturunan, tetapi semuanya perlu dibuat baik.

“Berbuat baik pula banyak tingkatannya dan mungkin kita tidak sampai ke tingkatan paling tinggi. Menyapa seperti bertanya khabar juga termasuk berbuat baik,” katanya.

Umat Islam, katantya, dilarang membelakangkan jiran, menyinggung hati mereka, menyusahkan dan menyakiti mereka.

“Jika timbul masalah berkaitan jiran, jangan cepat melatah, tetapi banyak bersabar kerana sifat ini mencerminkan muk min yang baik.

“Selain itu, berusaha mencari jalan terbaik untuk me nyelesaikan masalah itu supaya kecantikan budi pekerti yang diajarkan Rasulullah dan keelokan Islam itu terpancar dan menjadi ikutan kepada yang lain,” katanya.

Menurutnya, dalam adab berjiran umat Islam juga dilarang membuka aib jiran seperti menceritakan rahsia mereka kepada orang lain, menceroboh kediaman mereka dan me ngambil hak mereka.

Dalam hubungan ini sesuai juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang memberi man faat kepada orang lain.”

Ibnu Qayyim (rahimahullah) menghuraikan hadis itu de ngan menjelaskan, sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain Allah akan berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya.

Malah, sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan ber muamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat.

Hadis nabi mengenai tanda kecil kiamat ada berbunyi: “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran.” (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Sumber : Harian Metro

Monday, February 16, 2009

Berita Desa Melor





keratana akhbar Sinar Harian 16/02/2009 mengenai dialog diantara penduduk dan TYD Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pegawai Daerah Hulu Selangor pada 14/02/2009.

Sunday, February 15, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina 2009

PPPDM telah menganjurkan satu majlis meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2009 pada 14hb Ferbruari 2009 bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor.


Majlis pembukaan telah dimulakan oleh ucapan dari Timbalan YDP PPPDM Mr. Phang. Beliau menyarangkan pentingnya kita hidup di dalam komuniti yang bersatu padu dan bersikap muhibah diantara kaum.

Ucapan beliau yang lancar di dalam Bahasa Melayu dan diselang seli dengan Bahasa Mandarin telah mempamirkan sikap komuniti Desa Melor yang hidup bersatu padu sesama komuniti.

Encik Md. Zin tekun melayan pendaftaran keahlian baru PPPDM.


Acara pembukaan yang menarik minat semua hadirin adalah Tarian Singa yang dipersembahkan oleh Kumpulan Tarian Singa Wei Mou Yee Piau yang diketuai oleh Mr. Tan.



Terimakasih dari pihak PPPDM dan warga Desa Melor.


Antara barisan AJK PPPDM bersama beberapa Ahli Majlis.


Kita juga beruntung kerana dihiburkan oleh gadis² ( amoi leng loi ) Tarian Kipas .


Ahli² Majlis berbagai bangsa menikmati juadah di dalam dewan



Acara yang paling memikat anak² penduduk iaitu "Memancing Limau". Terimakasih Sir David & Crew.


Antara peserta karaoke yang menghiburkan hadirin pada malam tersebut. Pengkritik tidak dibenarkan bersuara.


Aksi perlawanan akhir ping pong perseorangan di antara Cikgu Nasir menentang Dr. Mahad. Tahniah kepada Cikgu Nasir sebagai pemenang.


Pasukan Serendah Galaxy - Juara Futsal Sambutan Gong Xi Fa Chai 2009.


Aksi pemain yang meraikan kemenangan.


Kecewa - ungkapan yang paling sesuai untuk pasukan Paranoid


Venue sambutan majlis pada malam tersebut.


Taklimat Land Slip Di Jalan 10

Pihak PPPDM mengambil inisiatif dan dibantu oleh Ajk KRT Kecil Jln 9 & 10 telah menganjurkan satu pertemuan dan taklimat berkenaan kejadian Land Slip di Dewan Komuniti Desa Melor pada 14hb Februari 2009.

Majlis ini dihadiri oleh TYD Majlis Daerah Hulu Selangor, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan Projek Manager & Projek Engineer Ikram.

Taklimat telah disampaikan oleh Projek Manager Ikram.

Menurut beliau , status kajian sloop masih didalam kajian dan hanya akan diketahui penghujung Mac 2009. Laporan semasa mendapati kedudukan rumah yang terlibat adalah TIDAK SELAMAT untuk diduduki.


Kiri : Projek Manager Ikram, Projek Engineer Ikram, Tuan Pegawai Daerah dan TYD Majlis Daerah.


Antara penduduk yang hadir
Blog Widget by LinkWithin
 

Mengenai Desa Melor

Dari Kuala Lumpur, arah ke utara mengikut Lebuh Raya Utara-Selatan ( PLUS) dan susur keluar ke Rawang. Selepas plaza tol Rawang, ambil arah ke kanan dan ikut jalanraya Persekutuan ke utara. Selepas melepasi pekan Rawang, kira-kira 7 km, tiba di pekan Serendah. Selepas Balai Polis Serendah, masuk simpang ke kanan kira-kira 3 km selepas Taman Datuk Harun, Taman Idaman dan Taman Desa Anggerik.

AJK PPPDesa Melor Sesi 2008 -2010

YDP : Mohd Hanapiah And Rani
Naib YDP : Pang Kim Fei
Setiausaha : Mohammad Hadis Tamyis
Penolong S/U : Saipul Anwar Daud
Bendahari : Mohd Zain

AJK
Ruzaidi Abd Rahman - Ahmad Khirzuan Mohamad@ Talib - Lok Chin Heng - Sunarsa Ilham - Rohana Ismail - Rohaizan Hj. Yahya - Zulkaplee - Hj. Nazri

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Shahrudin Buyong Sain - Nadiatul Soffia Abd Rahim

Persatuan Pemilik Dan Penduduk Desa Melor

Persatuan Pemilik dan Penduduk Desa Melor ditubuhkan pada.................. dengan tujuan............. Jumlah rumah : Bilanga Penduduk : Melayu : Cina : India :

Persatuan Pemilik Dan Penduduk Desa Melor Copyright © 2009 Community is Designed by Bie