Sunday, February 15, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina 2009

PPPDM telah menganjurkan satu majlis meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2009 pada 14hb Ferbruari 2009 bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor.


Majlis pembukaan telah dimulakan oleh ucapan dari Timbalan YDP PPPDM Mr. Phang. Beliau menyarangkan pentingnya kita hidup di dalam komuniti yang bersatu padu dan bersikap muhibah diantara kaum.

Ucapan beliau yang lancar di dalam Bahasa Melayu dan diselang seli dengan Bahasa Mandarin telah mempamirkan sikap komuniti Desa Melor yang hidup bersatu padu sesama komuniti.

Encik Md. Zin tekun melayan pendaftaran keahlian baru PPPDM.


Acara pembukaan yang menarik minat semua hadirin adalah Tarian Singa yang dipersembahkan oleh Kumpulan Tarian Singa Wei Mou Yee Piau yang diketuai oleh Mr. Tan.



Terimakasih dari pihak PPPDM dan warga Desa Melor.


Antara barisan AJK PPPDM bersama beberapa Ahli Majlis.


Kita juga beruntung kerana dihiburkan oleh gadis² ( amoi leng loi ) Tarian Kipas .


Ahli² Majlis berbagai bangsa menikmati juadah di dalam dewan



Acara yang paling memikat anak² penduduk iaitu "Memancing Limau". Terimakasih Sir David & Crew.


Antara peserta karaoke yang menghiburkan hadirin pada malam tersebut. Pengkritik tidak dibenarkan bersuara.


Aksi perlawanan akhir ping pong perseorangan di antara Cikgu Nasir menentang Dr. Mahad. Tahniah kepada Cikgu Nasir sebagai pemenang.


Pasukan Serendah Galaxy - Juara Futsal Sambutan Gong Xi Fa Chai 2009.


Aksi pemain yang meraikan kemenangan.


Kecewa - ungkapan yang paling sesuai untuk pasukan Paranoid


Venue sambutan majlis pada malam tersebut.


2 comments:

Anonymous said...

memang meriah sy ada meng hadirinya

pppdesamelor on February 18, 2009 at 11:25 AM said...

betul memang diluar jangkaan.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Mengenai Desa Melor

Dari Kuala Lumpur, arah ke utara mengikut Lebuh Raya Utara-Selatan ( PLUS) dan susur keluar ke Rawang. Selepas plaza tol Rawang, ambil arah ke kanan dan ikut jalanraya Persekutuan ke utara. Selepas melepasi pekan Rawang, kira-kira 7 km, tiba di pekan Serendah. Selepas Balai Polis Serendah, masuk simpang ke kanan kira-kira 3 km selepas Taman Datuk Harun, Taman Idaman dan Taman Desa Anggerik.

AJK PPPDesa Melor Sesi 2008 -2010

YDP : Mohd Hanapiah And Rani
Naib YDP : Pang Kim Fei
Setiausaha : Mohammad Hadis Tamyis
Penolong S/U : Saipul Anwar Daud
Bendahari : Mohd Zain

AJK
Ruzaidi Abd Rahman - Ahmad Khirzuan Mohamad@ Talib - Lok Chin Heng - Sunarsa Ilham - Rohana Ismail - Rohaizan Hj. Yahya - Zulkaplee - Hj. Nazri

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Shahrudin Buyong Sain - Nadiatul Soffia Abd Rahim

Persatuan Pemilik Dan Penduduk Desa Melor

Persatuan Pemilik dan Penduduk Desa Melor ditubuhkan pada.................. dengan tujuan............. Jumlah rumah : Bilanga Penduduk : Melayu : Cina : India :

Persatuan Pemilik Dan Penduduk Desa Melor Copyright © 2009 Community is Designed by Bie